Saturday, August 22, 2009

Logo KAKPEM



Dua daun adalah dua keluarga (Wan puteh mentuan dan Hj Awang Kemachi) yang bakal melahirkan keturunan yang berguna serta menjana pendapatan yang berharga sebagaimana sebutir mutiara yang berada ditengah tengah daun tersebut.
Pada pokok, DAUN adalah kilang makanan yang berperanan menjana makanan kepada buah (hasil pokok) serta penyelenggaraan pokok itu sendiri.
MUTIARA adalah sejenis banhan yang mempunyai harga dan sentiasa dibuat perumpamaan sebagai bahan yang bernilai sebagaimana intan.

KAKPEM in News

KOTA BHARU 9 Okt. - Kira-kira 1,200 ahli keluarga keturunan Haji Awang Kemachi dan Wan Puteh Mentuan (HAKWPM) berkumpul sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Mentuan di sini, semalam.

Perhimpunan keluarga besar yang dijadikan tradisi tahunan sejak 2005 itu bagi merapatkan hubungan persaudaraan dan menemukan semula rantaian keluarga berkenaan dari seluruh pelosok negara.

Majlis bertemakan 'Silaturrahim Menjana Keturunan Bertaqwa' itu berlangsung dengan penuh kemesraan dengan memberi kesempatan sebilangan daripada mereka yang tidak pernah bertemu, saling mengenali.

Pada majlis itu juga, keluarga itu telah melancarkan Koperasi Awang Kemachi Puteh Mentuan Berhad (KAKPEM) yang bertujuan menjana ekonomi keluarga besar itu, mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan menjaga kebajikan ahli-ahli.

Fungsi utama koperasi itu ialah bagi menjalankan kegiatan peladangan dengan mengenakan yuran pendaftaran RM10 bagi setiap keluarga dan penawaran pembelian saham koperasi minimum RM100.

Generasi ketiga yang juga penasihat HAKWPM, Siti Aishah Mat Ali, 62, berkata, Awang @ Wan Nawang Ismail dilahirkan sekitar tahun 1864 dan dikatakan keturunannya berasal dari satu daerah di Yunan, China.

Menurut beliau, allahyarham yang amat terkenal dengan pengetahuannya yang tinggi dalam ilmu agama terutamanya ilmu faraid, perwatakan terpuji serta seorang yang dermawan.

Selain itu, katanya, allahyarham juga menjadi tempat rujukan penduduk kampung bagi menyelesaikan pelbagai masalah setempat termasuk kes-kes berkaitan dengan harta pusaka.

"Tapak Sekolah Kebangsaan Mentuan hari ini adalah tanah warisan arwah yang disedekahkan untuk kepentingan menimba ilmu pengetahuan penduduk setempat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Siti Aishah, maklumat mengenai Wan Puteh pula tidak banyak yang diketahui kecuali beliau dikenali sebagai tukang emas terkenal dengan jolokan 'Tok Chu Daud Tukang Emas'.

Katanya, pasangan itu dikurniakan enam orang anak yang kemudian berkembang kepada 18 orang cucu dan seterusnya bertambah sehingga melebihi 1,000 orang pada masa ini.

Sempena pertemuan itu, pelbagai acara diadakan termasuk tahlil arwah, sukaneka, tazkirah, pengisahan keluarga dan pemeriksaan kesihatan percuma.ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 10/10/200

Welcome to Koperasi Keluarga Awang Puteh Malaysia Berhad

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman web KAKPEM Berhad.
KAKPEM Berhad
telah ditubuhkan untuk menjana ekonomi keluarga Haji Awang Kemachi dan Wan Puteh Mentuan, di samping mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan menjaga kebajikan ahli-ahli.